Ads 468x60px

.

Siapa sebenarnya kontrol harga barang?

Lihat betapa ceteknya macai PR - mereka sering menyalahkan kerajaan apabila harga barang naik, Mereka ini samada tidak tahu atau sengaja melindungi peniaga cina yang kontrol harga barang. Atau macai-macai PR ini memang tidak tahu menahu tetapi mempercayai fitnah DAP dan Anwar terhadap kerajaan.

"..Aku ikut PR supaya hatga barang turun.."
Inilah akibatnyaa, apabila kita tidak ada ilmu dan mahu juga membuat komen - maka jatuh jadi fitnah namanya. Kebanyakkan orang-orang Islam terikut-ikut fitnah atau propaganda burok PR.


To Awang Selampit Menulis:
Menteri telah mengumumkan harga minyak akan diturunkan berkuat kuasa hari ini. Langkah ini berikutan harga pasaran minyak dunia menurun.
Selama ini pihak pembangkang asyik memperkatakan tentang harga minyak kita yang masin tinggi meskipun harga minyak dunia menurun. Rakyat juga 'memberontak' dengan kenaikan harga barangan akibat kenaikan harga minyak tidak berapa lama dahulu.
Pembekal dan pengendar barangan menjadikan alasan menaikan harga jualan kerana kenaikan harga minyak. Biasanya sebaik sahaja harga minyak diumumkan akan naik para penjual cepat-cepat menaikkan harga jualan mereka meskipun barangan berkenaan dibeli dengan harga lama yang tidak terlibat dengan kenaikan harga minyak. Demikianlah peniaga dan pembekal dalam usahanya 'mencekik darah' pembeli. Namun kerajaan juga yang disalahkan.
Esok, harga minyak akan diturunkan. Yang pasti sudah tentu pembekal dan penjual masih tidak akan menurunkan harga barangan mereka kerana alasan mereka membeli barangan berkenaan dengan harga tinggi sebelumnya harga minyak diturunkan. Namun mereka lupa bahawa dalam keadaan sama ketika harga minyak naik, tidak pula mereka menunggu menaikkan harga barangan sehigga kehabisan stok barangan lama.
Beginilah dasar peniaga 'pencekik darah' dan seperti yang dikatakan tadi bahawa akhirnya kerajaan juga yang disalahkan oleh rakyat serta peniaga sendiri yang mendapat keuntungan tetapi menuding jari menyalahkan orang lain.
Parti politik pembangkang juga sentiasa mengambil kesempatan diatas 'kedunguan' sebahagian rakyat dengan berdemo disana nini membantah kenaikan harga minyak yang diumumkan kerajaan. Mereka juga jadikan alasan kenaikan harga barangan yang menyusahkan rakyat untuk mendapat simpati dan sokongan rakyat dalam usaha mereka memburukkan kerajaan. Namun apabila harga minyak diumumkan turun oleh kerajaan tetapi harga barangan masih tidak juga turun, apakah mereka akan juga berdemo menuntut harga barangan diturunkan?
Jika tidak, jelaslah bahawa pembangkang bukannya berjuang untuk rakyat dengan sepenuh keikhlasan, sebaliknya hanya ingin melihat kerajaan memerintah tertekan dan dalam keadaan tidak stabil serta dalam masa sama cuba mendapat simpati dan sokongan rakyat.
Apakah pembangkang begini yang kita kehendaki dalam membela rakyat? Katakanlah tidak kepada mereka. Serta tolaklah mereka dalam pilihanraya akan datang kerana sebenarnya mereka tidak jujur dalam membela rakyat.

~ Tok Awang Selampit

0 comments:

 

Pahlawan Lokal

Personaliti-Personaliti

Kata-kata Hikmah

Malik bin Anas berkata “Jangan ambil ilmu daripada 4 golongan ini,

a. Orang yang terkenal bodoh
b. Orang yang terkenal dengan ikut hawa nafsu.
c. Orang yang menyeru kepada hawa nafsu.
d. Lelaki yang ada kelebihan dan tidak tahu apa yang diucapkan. ”
(Muhammad Ibn. Abdul Bar bin Asim al-Namari, 1994:91-92.)