Ads 468x60px

.

3L


Lalat adalah sejenis mahkluk yang dicipta oleh Allah untuk mengunjungi tempat-tempat kotor ataupun najis. Mata lalat mahir melihat benda-benda yang kotor sahaja sehinggakan yang harum dan wangi langsung tidak diindahkan. Kontranya adalah mahluk kumbang yang hanya mencari bunga atau tempat yang berbau wangi.

Di Lawas, ada segelintir manusia jenis lalat. Seperti lalat mereka hanya mampu melihat keburukan orang lain dan langsung tidak pandai menghargai kebaikkan orang lain. Lalat ini pergi kesana-kemari mencari keburukan dan akan hinggap ditempat yang bersih untuk membawa lebih keburukan dengan mengeluarkan telur yang mengeluarkan ulat. Lalat akan memakan benda yang kotor dan dari telur lalatlah terjadi ulat yang kotor.

Sama seperti lalat-lalat di Lawas, mereka akan mengutip kejahatan-kejahatan dari sumber yang jahat dan menghebahkan kejahatan itu kepada orang lain dengan tambahan-tambahan yang direka. Perbuatan ini terus merosakkan minda mereka yang pada mulanya baik-baik belaka.

Mereka mengaku-megah merekalah hebat dalam mencerca, mengumpat dan memfitnah orang lain, malah mereka tambah dengan perasa mereka sendiri.

Paling dashyat lalat akan bertindak cepat dengan hanya sedikit bau yang bususk sedangkan belum tentu bau itu datangnya dari najis. Begitu juga lalat-lalat Lawas, mereka akan cepat mempercayai dengan berita-berita jahat yang tiada fakta malah membuat andaian perkara itu betul belaka.

Masalah yang besar ialah lalat-lalat ini sering mengatakan orang lain main kotor sedangkan mereka lebih kotor dari najis. Contoh perangai-perangai lalat-lalat Lawas:

  • Insan Marhaen sering menuduh orang-orang BN tidak menjaga aurat tetapi ahli keluarga sendiri yang terdedah teruk.
  • Les Kos Kojos sering menyuarakan tentang 'pembayaran cukai' tetapi sendiri lari dari membayar cukai kepada kerajaan
  • Kambing Biri-Biri merancanakan hendak menukar kerajaan tetapi bapa sendiri orang kuat BN tidak sanggup di tukar. Begitu juga LKK yang mempunyai ahli keluarga orang kuat BN- pun belum terpujuk menjadi lalat seperti dia.
  • Sulaiman Mohamad (dulu sulaiman Lawas) sering mengatakan orang BN tidak bermasuah tetapi dialah paling banyak menyebut BABI dalam FB.


Firman Allah dalam Al Quran surah 47:16 " Mereka itulah orang-orang yang dikunci mata hati mereka oleh Allah dan mengikuti hawa nafsu mereka". Ini menunjukkan mereka ini tidak lagi dapat melihat kebaikkan orang lain yang telah berjasa. Malah mereka ini tidak pernah bersyukur pada kebaikan dan rahmat yang mereka terima. Mata hati mereka sudah dikunci oleh Allah. Lebih dashyat mereka ini hanya mempercayai kejahatan dari orang-orang maksiat, jahat, pengumpat dan pembantu syaitan.
 

Pahlawan Lokal

Personaliti-Personaliti

Kata-kata Hikmah

Malik bin Anas berkata “Jangan ambil ilmu daripada 4 golongan ini,

a. Orang yang terkenal bodoh
b. Orang yang terkenal dengan ikut hawa nafsu.
c. Orang yang menyeru kepada hawa nafsu.
d. Lelaki yang ada kelebihan dan tidak tahu apa yang diucapkan. ”
(Muhammad Ibn. Abdul Bar bin Asim al-Namari, 1994:91-92.)