Ads 468x60px

.

Kejutan oleh Nik Aziz, MB Kelantan

Ramai umat islam terkejut apabila kononnya seorang ulamak menyokong pengunaan kalimat Allah oleg org bukan Islam iaitu kaum-kaum yang mempercayai Tuhan 3-dalam-satu. Sungguh menghairankan kerana seorang yang kononnya berilmu boleh membenarkan kalimah Allah boleh dipersekutukan!

Lebih besar lagi kejutan dari Nik Aziz apabila 3 hari kemudian beliau menarik balik kenyataan diatas.

Pada hemat penulis, kenyataan yang awal bertujuan memancing undi dari kaum bukan Islam untul membantu PAS/PR mencapai matlamat ke Putrajaya. Nampaknya seorang Ulamak Politik tidak kisah samada agama tergadai atau tidak. Tindak ini amat jauh menyimpang dari ciri-ciri seorang ulamak kerana seorang ulamak sepatutnya menjaga syariat Allah bukan memperdagangkannya demi politik. Seorang ulamak ditegah berlumba dengan ahli dunia dalam menuntut kemuliaan (politik) tetapi Nik Aziz melakukan sebaliknya.



Dalam menangani agama suci islam, Nik Aziz sepatutnya sentiasa beradab dalam kata-kata dan wajib bersandarkan sunnah dan Al Quran, bukan bersandarkan kemahuan sendiri demi politik.

Mengapa dia menarik balik kenyata awal, kita kurang arif tetapi sudah timbul tentang dari dalam parti agar beliau lebih berhati-hati dan bukan taksub dengan propaganda politik semata-mata.

Antara ciri-ciri seorang ulama' juga tidak akan bertengkar dan memperbodohkan orang lain
 tetapi apa yang telah berlaku ialah sebaliknya. Malah dalam satu siri ceramahnya mengenai Maulidur rasul, beliau menyamakan taraf Rasulullah sama dengan mamat-mamat kampung. Dia lupa bahwa nama 'Muhamad' sudah disebut sejak nabi Adam alaihisalam dicipta lagi.







0 comments:

 

Pahlawan Lokal

Personaliti-Personaliti

Kata-kata Hikmah

Malik bin Anas berkata “Jangan ambil ilmu daripada 4 golongan ini,

a. Orang yang terkenal bodoh
b. Orang yang terkenal dengan ikut hawa nafsu.
c. Orang yang menyeru kepada hawa nafsu.
d. Lelaki yang ada kelebihan dan tidak tahu apa yang diucapkan. ”
(Muhammad Ibn. Abdul Bar bin Asim al-Namari, 1994:91-92.)