Ads 468x60px

.

Kalimah “Allah”: PAS Tolak Ulama Mereka Demi DAP

Kitani agak musykil dengan fahaman Islam yang dipegang oleh PAS di bawah Abdul Hadi Awang apabila parti itu mengambil keputusan untuk membenarkan penggunaan kalimah “Allah” di dalam Bible berbahasa Melayu baru-baru ini.
Sebagaimana maklum, menggunakan kalimah “Allah” di dalam Bible berbahasa Melayu hanya dibenarkan oleh Kerajaan BN untuk digunapakai di negeri Sabah dan Sarawak sahaja memandangkan kedua negeri itu mempunyai penganut Kristian yang agak ramai berbanding di Semenanjung.

Pun begitu, “Khalifah” Guan Eng cuba mencabar dasar Kerajaan BN itu apabila menggesa agar hak penggunaan kalimah “Allah” yang dilaksanakan di Sabah dan Sarawak itu turut dilaksanakan di Semenanjung Malaysia sedangkan umat Islam lebih ramai di sini.

Selain itu, ketetapan di dalam perlembagaan negara memberikan hak eksklusif dan keistimewaan terhadap kepentingan Islam yang tidak boleh dicabar telah menetapkan bahawa kalimah “Allah” tidak dibenarkan digunakan di dalam Bible di Semenanjung.

Apa yang saya hairankan ialah pendirian PAS yang bersetuju dengan gesaan Guan Eng itu dan merelakan kalimah “Allah” tercemar hak eksklusifnya.

Lebih memeranjatkan saya, Ketua Dewan Ulama PAS, Ustaz Harun Taib, Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr. Harun Din Al-Hafiz dan seluruh golongan ulama di dalam parti itu menentang penggunaan kalimah “Allah” di dalam Bible bahasa Melayu di Semenanjung sebagaimana yang dikehendaki oleh Guan Eng.

Jadi, mengapa tiba-tiba saja PAS dan Abdul Hadi berpihak kepada Guan Eng dengan tidak mempedulikan fatwa dari Dewan Ulama serta Timbalan Mursyidul Am PAS itu?

0 comments:

 

Pahlawan Lokal

Personaliti-Personaliti

Kata-kata Hikmah

Malik bin Anas berkata “Jangan ambil ilmu daripada 4 golongan ini,

a. Orang yang terkenal bodoh
b. Orang yang terkenal dengan ikut hawa nafsu.
c. Orang yang menyeru kepada hawa nafsu.
d. Lelaki yang ada kelebihan dan tidak tahu apa yang diucapkan. ”
(Muhammad Ibn. Abdul Bar bin Asim al-Namari, 1994:91-92.)