Ads 468x60px

.

PKR punya kerja, UMNO yang dituduh. PAS diam menikus

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustapha Ali diberi tempoh 24 jam bermula hari ini untuk membuat permohonan maaf atas tuduhan mengaitkan UMNO dengan penyebaran video lucah yang didakwa menyerupai dirinya.

Menurut Penasihat Undang-undang UMNO, Datuk Hafarizam Harun, beliau telah diarahkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Mustapha yang telah mengaitkan nama UMNO terhadap penyebaran video lucah yang tersebar luas sejak 11 April lalu.

“Ini kerana segala tuduhan tersebut sama sekali tidak berasas dan amat serius dengan niat jahat untuk memburuk dan merosakkan reputasi dan imej UMNO terutamanya menjelang PIlihan Raya Umum (PRU) ke-13 pada 5 Mei akan datang.

“Tindakan undang-undang diambil melalui Hafarizam Wan & Aisha Mubarak terhadap Setiausaha Agung Pas berkaitan kenyataannya yang telah diterbitkan oleh hampir ke semua surat khabar utama di Malaysia selain di laman-laman sesawang termasuklah yang dilaporkan dan diterbitkan di portal Malaysiakini bertarikh 13 April yang bertajuk ‘Mustapha letak jawatan SUA PAS’.

Semalam pada 15 April, 2 orang ahli Angkatan muda keadilan ditahan pihak polis bagi siasatan lanjut berhubung penyebaran video aksi seks Mustapha Ali Su Agong PAS. Isunya cukup mudah kerana kita tahu Mustapha Ali sedang mengatur untuk memujuk dan membawa pulang kembali Yb Hassan Ali dan Ustaz Nasaruddin ke dalam parti PAS bagi menghadapi PRU13 ini. Malah ianya telah mendapat restu daripada Haji Hadi Presiden PAS sendiri.

Siapa akan marah jika Hassan Ali dan Nasaruddin kembali kepada PAS jika bukan Anwar Ibrahim?
Sedar sedarlah wahai puak PAS, sedarlah siapa PKR itu terutamanya Anwar Ibrahim. Maklumat lanjut akan Gomo dedahkan kelak. Pembangkang terutama PKR akan menyalahkan UMNO walhalkan kita semua tahu PKR anti PAS dan PKR mahu PAS ikut telunjuk mereka.


Sejak Sabtu 13 April, media maya gempar dengan pendedahan mengenai rakaman seks yang dikatakan melibatkan pimpinan tertinggi Pas. Durasi rakaman video selama 11 minit 25 saat itu, dikatakan mirip dengan Setiausaha Pas Pusat, Dato Mustaffa Ali bersama seorang wanita di dalam salah sebuah hotel.

Ekoran dari pendedahan tersebut, blog dan portal pembangkang terus menunding jari dengan menyalahkan Umno. Pelbagai andaian dikeluarkan bagi meyakinkan khalayak pembaca mereka kononnya Umno terlibat dengan skandal tersebut.

Namun apabila diteliti, nyata ia hanya merupakan satu lagi fitnah jahat yang dilakukan oleh para pencacai pakatan pembangkang bagi merosakan imej Umno. Malah sebelum ini majoriti perjuang alam maya Umno, pernah membuat penegasan, tidak memerlukan sebarang ‘skandal seks’ untuk menang dalam pilihanraya umum ke-13.

Parti PAS pula diam menikus...

0 comments:

 

Pahlawan Lokal

Personaliti-Personaliti

Kata-kata Hikmah

Malik bin Anas berkata “Jangan ambil ilmu daripada 4 golongan ini,

a. Orang yang terkenal bodoh
b. Orang yang terkenal dengan ikut hawa nafsu.
c. Orang yang menyeru kepada hawa nafsu.
d. Lelaki yang ada kelebihan dan tidak tahu apa yang diucapkan. ”
(Muhammad Ibn. Abdul Bar bin Asim al-Namari, 1994:91-92.)