Ads 468x60px

.

Saya beri PBB Lawas satu-dua kata untuk melapurkan kepada polis

Kanun Keseksaan (Akta 574) ini amat jelas dan Seputeeh Kejora juga orangnya yang mahu mencederakan Datuk Amar. Tetapi PBB Lawas berdiam diri. Bodoh! Saya beri satu dua kata di sini. JIKA PBB CAWANGAN LAWAS TIDAK MELAPURKAN KEPADA POLIS DALAM MINGGU INI, SAYA AKAN MASUK PKR DAN MEMBANTU PKR DI LAWAS TERUTAMA SEKALI BERKEMPEN MELALUI MEDIA SOSIAL.


Seksyen 503 - Kesalahan menakutkan secara jenayah.

Barang siapa mengugut hendak mendatangkan kepada seseorang apa-apa bencana kepada tubuh, nama baik atau harta orang itu, atau kepada kepentingan, dengan niat hendak menyebabkan kegentaran kepada orang itu, atau hendak menyebabkan orang itu melakukan apa-apa perbuatan yang ia tidak terpaksa di sisi undang-undang melakukan, atau meninggalkan daripada melakukan apa-apa perbuatan yang ia berhak di sisi undang-undang melakukan, sebagai jalan bagi mengelakkan pelaksanaan ugutan itu, adalah melakukan kesalahan menakutkan secara jenayah.

Seksyen 506 -Seksaan bagi kesalahan menakutkan secara jenayah.

Barang siapa melakukan kesalahan menakutkan secara jenayah hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai dua tahun, atau dengan denda, atau dengan kedua-duanya; dan jika ugutannya itu ialah ugutan hendak menyebabkan kematian atau cedera parah, atau hendak menyebabkan kebinasaan apa-apa harta dengan api, atau hendak menyebabkan sesuatu kesalahan yang boleh diseksa dengan bunuh atau penjara, atau dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai tujuh tahun, atau hendak mentomahkan seseorang perempuan sebagai jalang, maka ia hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai tujuh tahun, atau dengan denda, atau dengan kedua-duanya sekali.


0 comments:

 

Pahlawan Lokal

Personaliti-Personaliti

Kata-kata Hikmah

Malik bin Anas berkata “Jangan ambil ilmu daripada 4 golongan ini,

a. Orang yang terkenal bodoh
b. Orang yang terkenal dengan ikut hawa nafsu.
c. Orang yang menyeru kepada hawa nafsu.
d. Lelaki yang ada kelebihan dan tidak tahu apa yang diucapkan. ”
(Muhammad Ibn. Abdul Bar bin Asim al-Namari, 1994:91-92.)