Ads 468x60px

.

DAP dan Tunku Abdul Aziz

"Tunku Abdul Aziz ni adalah hasil pengajaran dan pembetulan yang DAP Perak alami akibat gagal menjadi Menteri Besar kerana undang-undang tubuh kata MB mestilah "melayu dan Islam". DAP memang tak suka Nizar (dari PAS), dan pada awalnya telah arahkan memboikot majlis perlantikan MB. Aziz ni dibawa masuk DAP bila masa DAP menjangka DUN Perak akan dibubarkan untuk pilihanraya negeri semula, dimana DAP merasakan ia boleh menang seperti pru ke 12.

Kiranya aziz ini menggantikan ADUN DAP yang keluar parti. Aziz ni sememangnya menjadi seperti harapan DAP, maka aziz inilah calon MB DAP kerana dia melayu dan Islam. Tak perlu lagi kepada Nizar kerana dia dari PAS dan hanya ada 6 kerusi sahaja. Aziz juga juga merupakan sandaran untuk jawatan di peringkat nasional, andainya PR menguasai Parlimen. Jika DAP dapat majoriti seperti sekarang, aziz boleh memenuhi jenama "melayu" yang diperlukan untuk jawatan Timbalan Perdana Menteri, bahkan jawatan PM itu sendiri.

Dengan nasib anwar ditangan DAP (karpal) dalam kes di mahkamah dan kelihatan tiada kesungguhan untuk memenangkan Anwar (cuma tunggu dekat pru13), maka DAP mempunyai sebab kuat untuk meletakkan calon sendiri menjadi PM iaitu aziz. Sebab itu aziz dilantik menjadi naib presiden DAP dan senator, aziz dalam pru13 nanti, pasti akan bertanding di kawasan parlimen. Sementara itu, para pemimpin PAS telah begitu lemah digula-gulakan DAP, hanya akan menjadi hamba dengan kafir harbi itu memetik al-Quran, hadis dan membaca bismillah. Tapi dengar kata bukan setakat gula-gula bahkan dihadiahkan mercedes habuannya agar PAS tidak bekerjasama dengan umno di perak.

DAP telah berjaya menjajah pemikiran pemimpin PAS bahawa perjuangan Islam memerlukan kebenaran kafir dalam menegakkan hukum Islam. Sebab itu, telah beberapa sesi parlimen, tiada langsung pejuang Islam PAS membawa apa-apa usul untuk memertabatkan Islam, sekurang-kurangnya usulkan contoh negara Islam yang macam mana yang PAS akan buat sekiranya PR menang PRU13. Pemimpin PAS terbuai lena dengan dodoi DAP tanpa menyedari semakin ramai pengikut yang keluar dari arus politik PAS kerana para pemimpin PAS tidak lagi sensitif dengan perjuangan Islam. Islam hanya menjadi hujah di bibir untuk merendahkan keislaman orang Islam lain. Hayatilah tulisan Dr Ridhuan Tee kerana beliau lebih tahu kaumnya sendiri, tetapi rela dicaci maki demi Islam".

Allahhuakbarr!! Allah Maha Besar! Selamatkan Islam, Selamatkan Melayu! Selamatkan Malaysia!
Malaysia dalam bahaya jika ditangan Pakatan Haram. Anwar masih sibuk dengan pembicaraannya dan projek men'yahudikan Malaysia. Pas pula bagai lembu dicucuk hidung. Apa Dap buat, semuanya Pas angguk setuju. Jadi jika Pakatan haram menang pada PRU ke 13 nanti dan Dap mempunyai kerusi parlimen yang lebih memang ada harapan untuk Dap meletak wakilnya menjadi Perdana Menteri.

0 comments:

 

Pahlawan Lokal

Personaliti-Personaliti

Kata-kata Hikmah

Malik bin Anas berkata “Jangan ambil ilmu daripada 4 golongan ini,

a. Orang yang terkenal bodoh
b. Orang yang terkenal dengan ikut hawa nafsu.
c. Orang yang menyeru kepada hawa nafsu.
d. Lelaki yang ada kelebihan dan tidak tahu apa yang diucapkan. ”
(Muhammad Ibn. Abdul Bar bin Asim al-Namari, 1994:91-92.)